Sejarah Hidup Osama Bin Laden – Osama bin Mohammed bin Awad
bin Laden yang popular dikenal dengan
Osama bin Laden, dilahirkan pada tanggal 28 Jun 1957 di kota Jeddah, Arab
Saudi, kawasan pantai Laut Merah. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang anak
bersaudara. Bapanya bernama Mohammed bin Laden, adalah seorang petani
miskin dari Yaman yang kemudian berpindah ke Arab Saudi selepas Perang Dunia
II. Di tempat yang baru ini Mohammed bin Laden memulakan kerjayanya yang baru
bergerak dalam bidang perniagaan pembangunan.
Pada akhirnya beliau mendapat banyak kontrak bagi
pembangunan masjid-masjid dan istana-istana yang sangat bernilai dari
pemerintah Arab Saudi. Oleh kerana itu beliau telah mengembangkan tali
persahabatan yang sangat akrab dengan keluarga Kerajaan Saudi. Mohammed bin
Laden kemudian telah menjadi salah seorang yang paling kaya di Arab Saudi, yang
dianggarkan memiliki aset jutaan dollar Amerika Syarikat. Dari keuntungannya
ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham sejumlah hampir 300 juta
dollar Amerika.
Ketika di usia remaja, Osama bin Laden telah bergabung
dengan gerakan Wahhabi Konservatif-Baru (Ultrakonservatif) ; dan beliau pernah
menyertai jabatan polis yang menegakkan undang-undang syariah. Osama adalah
seorang bekas mahasiswa Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah, dimana beliau
berguru kepada salah satu diantara gurunya,iaitu Sheikh Abdullah Azzam. Guru
Abdullah Azzam inilah yang kemudian diketahui sebagai tokoh utama yang
memainkan peranan menggerakkan sokongan kepada bangsa Arab bagi kaum Mujahidin
yang berperang melawan kependudukan Russia di Afganistan. Osama bin Laden lulus
pengajiannya dan mendapat ijazah sarjana tahun 1979 dalam bidang Ekonomi dan
Pengurusan.
Osama bin Laden mula membangunkan jaringan komunikasinya
pada tahun 1979 ketika beliau ke Afganistan menyertai perang kaum pejuang Afgan
yang dikenali sebagai kaum mujahidin yang tetap bertahan dan bertempur melawan
Kesatuan Soviet. Osama mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan
pengaruhnya keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan, dan membantu kaum
Mujahidin dengan bantuan logistik dan bantuan kemanusiaan. Osama juga terlibat
mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran selama perang Afganistan.
Ketika peperangan melawan Soviet hampir berakhir, Osama
menubuhkan gerakan Al Qaeda, sebuah organisasi bekas pejuang Mujahedin dan para
penyokong lainnya yang membantu menyalurkan baik dana dan pasukan pejuang untuk
gerakan pertahanan Afgan. Ketika tentera Soviet berundur keluar dari Afghanistan,
Osama bin Laden pulang ke Arab Saudi dan menceburi perusahaan pembinaan dan
pembangunan milik keluarga, Kumpulan Perusahaan Bin Laden. Di sini beliau
kemudiannya bersama dengan kelompok orang-orang Saudi yang haluan kiri dan
menentang pemerintahan kerajaan / monarki Saudi, iaitui terhadap [[Keluarga
Raja Fahd. Pada tahun 1995 Osama bin Laden membangunkan infrasruktur di Sudan
ketika hubungannya dengan Presiden Umar Al Basyir dan Dr Hasan Turabi yang
memerintah Sudan.
Pada tahun 1994, Pemerintah Saudi menarik hak
kewarganegaraan Osama dan membekukan seluruh aset dan kekayaannya di seluruh
negara.Menurut Pemerintah Amerika Syarikat, Al Qaeda telah meniru
gerakan-gerakan perikatan dengan pola pemikiran golongan fundamentalis, seperti
misalnya golongan Al-Jihad di Mesir, Gerakan Hizbullah di Iran, Front Islam
Nasional di Sudan, dan kelompok-kelompok jihad lain di Yaman, Saudi Arabia, dan
Somalia. Organisasi Osama bin Laden juga memiliki ikatan-ikatan dengan
“Kelompok Islam” yang pada suatu ketika dibawah pimpinan Syaikh Omar Abdel
Rahman, seorang ulama Mesir yang di jatuhi hukuman penjara seumur hidup sejak
pengakuannya pada tahun 1995 menggagalkan persekongkolan meletupkan beberapa
tempat di kawasan bandar New York. Pada akhir tahun 1990-an dua orang anak
Sheikh Rahman bergabung bersama kekuatan tentera dan perjuangan Osama bin
Laden.
Sejak tahun 1992, Pemerintah Amerika Syarikat memberi amaran
bahawa Osama bin Laden dan anggota-anggota lainnya dari gerakan Al Qaeda
menjadi sasaran tentera Amerika yang bertugas di Saudi Arabia, dan di Yaman,
dan kesatuan ketenteraan yang ditugaskan di Gurun Afrika, termasuk di Somalia.
Pada bulan Oktober 1993,dilaporkan 18 orang anggota tentera kebangsaan Amerika
Syarikat yang bekerja untuk bantuan kemanusiaan di Somalia, terbunuh di sana
ketika menjalankan kerja sosial mereka. Mayat tentera pekerja sosial itu
diseret dan dianiaya di sepanjang jalan-jalan raya. Pada tahun , Osama bin
Laden dikenakan hukuman atas tuduhan melatih orang-orang yang terlibat dalam
serangan pembunuhan tentara pekerja sosial tersebut dan beliau menyatakan
bahawa para pengikutnya bersama kaum Muslim setempat telah membunuh
tentera-tentera itu.Perundangan Amerika Syarikat turut menuduh bahawa Osama bin
Laden memiliki jaringan dengan serangan-serangan yang gagal ke atas dua hotel
di Yaman di mana para tentera Amerika Syarikat bermalam dalam perjalanan mereka
ke Somalia.
Pada 7 Ogos 1998,lapan tahun selepas tentera AS di tugaskan
beroperasi di Arab Saudi, dua trak mengandungi bom meletup di luar Kedutaan
Besar Amerika Syarikat di Nairobi, Kenya; dan di Dares Salaam, Tanzania. Osama
bin Laden mengaku tidak bertanggungjawab, tetapi para Hakim menegaskan
keterlibatan dan kesalahannya itu terbukti dengan adanya surat-surat faksimili
yang dikirimkan oleh kelompok Sel Osama di London setidaknya kepada tiga agen
penjualan media internasional. Para Hakim juga menunjukkan pengakuan penjenayah
tertuduh pelaku pengeboman Kedutaan-Kedutaan Besar , yang mengaku mereka adalah
anggota gerakan Al Qaedah.
Empat belas hari kemudian, pada 20 Ogos 1998, Presiden Bill
Clinton memerintahkan armada Kapal Perang Amerika Syarikat menggempur kem-kem
di Afganistan yang disyaki sebagai markas latihan pengganas, dan penggempuran
keatas kilang pengujian bahan kimia di Khartoum, Sudan. Osama bin Laden selamat
dari serangan itu dan dijatuhkan hukuman oleh kerajaan Amerika Syarikat atas
tuduhan sebagai perancang serangan-serangan bulan November 1998.
Presiden George W. Bush telah menyatakan bahawa Osama adalah
tertuduh utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada
11 September 2001; dan serangan pengganas yang lain keatas Kedutaan-Kedutaan
Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan asset-aset Amerika Syarikat
yang lain.
Para pejuang Taliban telah mengutuk serangan hari Selasa ke
atas Amerika Syarikat itu dan menegaskan bahawa Taliban tidak terlibat. Osama
bin Laden secara tegas dan meyakinkan telah menyangkal penglibatan dirinya
dalam serangan 11 September 2001 itu.
Osama bin Laden boleh disamakan dengan Che Guevara dalam
perjuangannya terhadap ketidakadilan yang terjadi akibat haegemoni barat
khususnya Amerika Syarikat terhadap bangsa bangsa di dunia khususnya yang
terjadi di negara negara dunia Islam. Banyak pengamat Islam Antarabangsa
menyatakan bahawa perjuangan Osama bin Laden dan Al Qaeda akan tetap berterusan
selama dunia barat khususnya Amerika Syarikat tidak mengubah dasar luar yang
tidak adil terhadap negara negara dunia Islam. Isu palestin adalah diantaranya,
serta serangan dan pendudukan tentera AS di Iraq membuat masalah yang dikatakan
rekayasa dunia barat sebagai Terorisme ? tidak akan selesai selamanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar